Assalamualaikum
It's Friday. Selasa depan exam cardiology, bakal doktor dah sedia ke? *ehem* Cakap pada diri sendiri pun rasa tak yakin, apatah bila orang tanya *erghhh*
Tadi sewaktu aku dalam bas, dalam perjalanan pulang ke kosan (rumah sewa) aku, aku perhati banyak benda di sekeliling dan yang paling menangkap perhatian aku dalam bas itu adalah seorang nenek, atau kalau di sini aku maybe bahaskan dia as ibu. Sewaktu aku naik dan masuk dalam bas itu, dia suruh aku duduk di tempat kosong yang ada dekat dengannya. Aku menerima dengan senyuman, dia membalas lagi dengan senyuman. Aku duduk dan mengelamun.
Apa yang membuat aku tertarik adalah umur nenek ini mungkin sebaya dengan opah aku yang sekarang berada di kampung. Dan bila aku lihat wajahnya, aku secara automatik teringat opah aku mungkin kerana bentuk mukanya. Aku lihat dia, lama aku tatap. Tak tahu apa yang aku buat, aku tetiba senyum pada dia, dan dia senyum pada aku. Dia duduk bersama satu lagi makcik, tapi mereka maybe tidak kenal. Dia diam sahaja, tidak seperti nenek/ibu yang lain, bising dalam bas, berbincang mana tempat mereka mahu singgah.
Bas itu akan melalui satu kawasan masjid dan juga kawasan pasar di mana mostly barang dekat situ murah, sangat murah kalau nak dibanding dengan mall. Aku selalu juga pergi sana, nak beli bag sebab murah, kahkahkah. Mak aku lagi awesome, boleh kata kalau dia mai sini, mesti setiap hari dia kesana. Baju pun murah tapi kena pro tawar menawarlah. Kalau aku yang pergi, dek kerana kulit ni tak berapa nak cerah *ehem* jadi harga susah nak turun. Lain kalau mak aku, kulit putih , orang melayu, orang akan confirm ingat dia orang Indonesia. Jadi mesti orang tu jual pada harga yang murah dan mudah ditawar.
Okay, berbalik pada nenek tadi, so as I stated just now, aku tatap dia lama dan aku lihat dia membawa satu raga. Bakul, maksud aku bakul. Dalam bakul tu aku tak pasti apa, tapi memang ada something. So , lepas tu aku usha baju dia. Lusuh, lusuh dan sangat comot. Aku terdiam. Tiba tiba, ada satu lelaki datang dan meminta wang dengan ikhlas pada semua penumpang, macam ikhlas nak bagi ke dia *well dekat sini memang macam tu, kalau tak menyanyi dengan gitar, maybe they just ask for money bagi yang ikhlas* kalau tak bagi takpe, no harm. So, waktu mamat ni mintak dengan menghulurkan topi dia, nenek ni bagi dia 500 rupiah. Aku tergamam. Nenek yang dah tua macam ni bagi duit pada pemuda yang gagah perkasa , yang boleh kerja dengan tulang empat kerat. Mulia hati nenek ni. Aku? Aku tak kasi sebab bagi aku mamat ni elok kerja je. Kenapa jadi orang yang meminta minta sedangkan dia mampu, berkudrat!
Selepas tu, aku usha tudung nenek ni. Macam tudung opah aku. Tudung putih. Aku sayu tengok tudung dia yang comot sangat. Sangat comot. Dalam hati aku terdetik, kenapa dia macam ni? Tak ada orang urus dia ke? Mana anak anak dia. Aku tengok tangan dia, berkedut kedut, macam tangan opah aku. Aku rasa hampir nak menangis. Aku tak dapat bayangkan if itu opah aku, or mak aku? Aku pandang dia lama, and dia tengok aku. Aku senyum pada dia. Dan dia membalas senyuman aku. Aku dapat rasakan air mata hampir menitis tapi aku seka. Gila ke apa nak nangis dalam bas, nanti orang ingat aku stress sangat belajar nak jadi doktor sampai dalam bas pun boleh jadi port menangis, ye dok? Kah kah kah.
Beberapa minit kemudian, dia sampai ke destinasi dia. Pasar yang aku cakap tu. Dia turun di pasar setelah makcik makcik/ ibu ibu yang bising tadi turun di tempat tujuan mereka. Bertambah sayu aku bila tengok dia bongkok. Ya Allah, nenek itu sangat bongkok. Dan berjalan sangat perlahan. Aku melihat dia sehingga dia turun dari bas. Waktu dia turun, konduktor bas membantu dia dengan pegangkan bakul dia. Lepas dia turun, bas tu gerak. Aku masa tu sangat sedih melihat dia. Aku segera ke tingkap untuk tengok dia jalan atau tidak, dan nenek tu memang jalan, terbongkok bongkok. Dan aku tengok dia sampai dia hilang dari pandangan aku.
Dalam bas tu, aku diam. Memikirkan sesuatu.
Di pasar yang sesak macam tu, nenek tu nak jalan macam mana?
Tak ada orang pimpin, boleh ke dia jalan?
Dan ada ke orang yang akan bantu dia?
Dekat pasar tu kan bahaya, banyak pencopet/penyeluk saku, aman ke kalau nenek tu ada di sana.
Kalaulah tak sore (petang lepas asar), dan aku tak ada hal, mesti aku dah ajak kawan aku usha dia tapi aku sendiri belum pernah ke pasar tu sendirian sebab bahaya.
Aku harap nenek itu baik baik aja. Mungkin dia dah biasa pergi sendirian. Tapi yang menjadi persoalan, pakaian dia dan fizikal dia. Kemana agaknya anak dia? Suami dia? Kenapa dia tak terurus sangat? Aku akui, di Malaysia pun ada orang macam ni. Tapi tak sebanyak di sini. Kalau nak bandingkan Shah Alam, aku rasa memang aku jarang lihat benda macam ni di tempat aku. Asing.
Aku juga terbayang, apakah aku akan jadi seperti nenek itu bila aku tua nanti?
Wallahualam.
Tapi nenek itu mengingatkan aku pada opah aku, sungguh. Kerna itu entri ni wujud dan lebih panjang.
Wassalam
Terus baca blog gua sampai gua jadi dokter.
No comments:
Post a Comment