September 06, 2012

One Year Later

Assalamualaikum.

It's 6th September! Eh, eh, happy anniversary to me, LOL. anniversary? wow. Anniversary apa? Well.

"ini jambatan Ampera pada waktu malam. ada sejarah oh jambatan ni"

September sudah menjelma. Hari ini genap setahun aku tinggal di Palembang. Tahun lepas, on this date lah, diriku meninggalkan Malaysia untuk menyambung Medical degree di Palembang. Sungguh tak sangka, dah setahun. Sungguh. Sepanjang setahun, diriku dah belajar banyak benda. Macam mana rasa hidup jauh sangat dari keluarga, macam mana nak spend duit, macam mana nak teruskan hubungan kawan jarak jauh , macam mana nak maintain a good impression pada org baru , dan banyak lagi. Banyak sangat diriku belajar. Belajar membawa diri, belajar menghargai diri, belajar menyayangi diri dan juga mengadaptasi diri. Belajar sayang negara sendiri, belajar hormat negara orang, belajar faham budaya dan makanan orang sini. Belajar bahasa orang sini , banyaklah. Tak pernah ku sangka, aku akan menjadi perantau walaupun takdelah merantau jauh sangat tapi susah juga hidup di negara orang. Tapi campaklah ku kemana sahaja, walau seteruk mana pun negara tu, diriku tetap akan berdiri. Mula mula pasti mengomel tapi hati kena kuat.

Okay rehat kejap, ini antara kawan kawan aku. Aku ada Tuesday couple. (dia perempuan dan suka Donghae jugak) LOL. Tapi gambar dia tak ada pulak time aku upload ni. Ini je antara gambar yang sempat ku upload :)


Bagi yang sangat rapat dan sentiasa ambil tahu tentangku tak kira thru fb, twitter, blog atau sms, terima kasih atas segala kasih sayang yang ditunjukkan. Okay ayat mintak penampar. Tapi setahun ini banyak benda yang hilang dan menyakitkan. Banyak benda yang menyedihkan dan menyusahkan. Tidak hanya pada pembelajaran tapi juga pada perasaan. Tapi ada yang dah heal ada yang masih berlarutan.But kan ada orang cakap, time heals almost everything? Kan?

Italic
"suasana pagi di rumah Kosan"

Sepanjang tinggal di sana, banyak benda yang aku belajar. Betapa susah nak adapt pada awalnya maklumlah aku budak sangat bandar, bandaraya. semua facilities ada bahkan selesa. Lain dengan tempat aku belajar. Aku ingat lagi pertama kali aku masuk kelas, aku terkejut sebab dewan kuliah is not like ours in Malaysia. Bilik kuliah ku di Palembang is like our tutorial room yang selalunya kalau dekat Matriks menempatkan 20-30 orang. Lain kan? Kalau dewan kuliah di Malaysia, sangat lain. Itulah yang ku terkejut. Lepas tu, diriku masih ingat lagi facilities yang lain, very different lah. Tapi aku tetap kena adapt. Sebab aku tahu, pasti ada orang yang lagi susah nak adapt, apetah lagi kalau mereka dari keluarga yg sangat superb moden dan kaya atau dari negara yg sangat maju.

"perjalanan Inderalaya ke Palembang. Lama jugak lah. Sejam lebih. Semata mata untuk dead body -.- "

Ini kampus kedua iaitu di Indralaya. Penat oh kena bangun pagi nak naik bas!

Tapi lama kelamaan diriku mula mengenali tempat belajar aku, orang orang dia, makanan dia yang kita dok lahap makan bila kelaparan, alhamdulillah diriku masih di tempat yg aman kalau nak compare dengan Mesir yang pernah bergolak. Terima kasih pada semua yg risau pasalku bila dapat tahu pasal gempa bumi and all. Thanks a lot. Sampai ada yg tweet lagi. Terima kasih sangat. Tapi FYI, tempatku memang tak rasa pun. Boleh kata, sepanjang ada gegaran kami tak pernah rasa. *spnjg period aku duduk sini lah*Alhamdulillah, mungkin ini tempat terbaik dan terselamat buat aku untuk belajar :) Junior ada nak mai?

Ini library fakulti kitorang!

"Good luck untuk exam sem 2 haritu. Alhamdulillah sangat"

Perasaan belajar dekat dalam negara di negeri yang jauh dan belajar di luar negara memang berbeza dr segi pengalaman tapi yg pasti kite sama sama kejar cita cita dan berjihad. Kan kan? So tak kisahlah Mesir ke, Jordan ke, Indonesia bahkan Malaysia pun, semuanya actually sama. Niat kita, belajar.

tak pro lagi tapi okaylah :) Siapa nak jadi patient aku? Booo

Yang penting, alhamdulillah dah genap setahun. Sangat tak sangka. Dan rasanya ada juga kan kawan kawanku yg belajar lagi jauh dan lebih lama. Teringin nak tahu apa perasaan korang. Ceritalah dekat blog ;D

dalam lab anatomi ni kau tahu! depan je tu ada dead body
antara punca mampu bertahan. berlambak lambak. rambang mata.

wassalam.

p/s: tak sabar nak masuk second year dan menerima junior. rasa rasa ada budak KMS tak? HAHA. junior sekolah menengah dah konfem ada. HAHA

No comments: