Assalamualaikum dan an nyeong (okay Korea sikit la gais)
Firstly congratulations to Super Junior untuk comeback terbaru dengan lagu Blacksuit yang sungguh catchy tu, dan juga lagu jiwang hasil penulisan Lee Donghae yang merupakan anggota Super Junior. Okay, this comeback antara comeback yang paling sikit kalau tengok dengan mata kasar, sebab yang naik pentas cuma berenam, dan album cuma bertujuh tapi suara masih berlapan. Tapi itu tidak menghalang, kami, ELF untuk terus support our last man standing. Yes, Super Junior terkenal dengan Last Man Standing sebab lagu Superman diorang. Kalau belum dengar lagu superman tu maknanya anda masih baru lah dalam industri kpop ni, amboi. Tapi kenapa Super Junior tu Last Man Standing sangat among kpop fans? Sebab setelah semua yang mereka lalui, for this 12 years, mereka masih bertahan. Orang cakap diorang macam hidup segan mati tak mahu kan sebab banyak problem especially involving Knetz, tapi no, you can't just ask them untuk leave this entertainment world because they are king! Yes! SJ ni ada fans dekat mana mana, internationally well known tapi banyak problem arise dari orang sana sana jugak.
Super Junior ni debut sebenarnya bukan untuk kekal selamanya, pada awalnya lah. Macam temporary je, macam member group dia can change change gitu, tapi ternyata diorang ni lebih dari apa yang management fikirkan. They are more than that! Sebab tu bertahan sampai sekarang. Sampai they have their own label, SJ label. Bangga sangat dengan diorang ada label sendiri, kahkahkah. Tapi apanya yang mereka lalui? Banyak guys. Kalau nak cerita banyak. Banyak sangat yang aku sebagai fans pun ada terlepas few stories and might not know about them sebab ada year year aku kurang aktif sikit dengan diorang punya life ni sebab aku pun ada life sendiri kahkahkahkah. Okay jangan butthurt aku gurau je tapi itulah hakikatnya.
Super Junior ada member dari China. Nope, bukan SJ M, I'm talking about Hangeng. Yes, Hangeng, is one of Suju member. Until now, to us, he is still our oppa walaupun pada hakikatnya dia dah leave sebab masalah dengan SM. Panjanglah cerita pasal lawsuit dia tapi sepanjang beberapa tahun dia dalam Super Junior, memang banyak sangat memori bagi ELF. Masa dia leave tu, agak penuh krisis sikit lah sebab ada hal lawsuit kan tapi ELF tak pernah leave. Believe he will still in SJ. Tapi takpe, sekarang dia antara orang yang sukses kat China sana. Oppa, himnae! Dan SJ ni ada dua lagi member dari China iaitu Henry dan Zhoumi yang merupakan anggota SJ-M iaitu SJ -Mandarin. Mostly buat comeback dekat China, Taiwan dan sebagainya lah. Mereka ni subgroup SJ. SJ-M tu banyaklah member dia, bukan cuma Zhoumi dan Henry. Ada Kyuhyun, Sungmin, Donghae and so many more, dan yang paling recent (lama dah sbnrnya) ada penambahan Eunhyuk jugak. Well, awalnya susah untuk orang sana nun tu nak terima member dari luar macam Henry dan Zhoumi ni tapi sekarang dah ok lah kot. International fans okay je kot. SJ ni ada banyak subgroup lain like Suju T, Suju H, Suju KRY
SJ ni member dia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri jugaklah. Google je. Antaranya Kyuhyun, main vocalist. Dia pernah accident dengan member SJ yang lain, yang hampir ragut nyawa dia. Dan hampir je menyebabkan dia tak boleh menyanyi lagi. Bayangkan, penyanyi tak boleh nyanyi lagi T-T What a tragic thing kan? Dia ada ceritalah detik detik masa accident tu dekat Star King. Sedih dengar, lama mamat tu duduk hospital, dan member saling jaga each other. Yes this happened to this group, our last man standing. Bukan tu je, Heechul, antara member tertua dalam group ni pun involved in accident jugak dan siap pasang besi dalam kaki dia. Sebab tu Heechul jarang menari, sebab condition dia. Tapi dialah penyeri SJ. Well, untuk peminat kpop pelik kalau tak kenal Heechul ni ^^ Cakap je Hechul atau Heenim, siapa tak kenal kahkahkahkah
Lepas krisis Hangeng tu, banyak lagi krisis sepanjang 12 tahun ni. Bagi yang baru baru minat SJ pasti tertanya tanya manalah 13 nya group ni kan? Tak nampak macam ber 13 pun kan? Ada yang takde kan? Yes SJ used to ada member yang bernama Kibum. Tapi most of the time member ni macam lebih banyak dengan activity dia sendiri. Lama juga orang tunggu abang Kibum ni, tapi entahlah, maybe forever waiting lah kot. Whatever it is, bagi ELF SJ tetap 13+2. Krisis lain pada SJ ni termasuklah kes gaduh dan DUI Kangin oppa. Yes, group ni ada Kangin Oppa. Sekarang dia tak ikut promotion album sebab dia tengah bagi social service regarding masalah yang dia buat lah. Tapi we will always wait for you, oppa. Lepas tu masalah Sungmin, the only SJ member yang married. Yes, orang sana marah sangat masa dia kawin. Dah lama dah dia kawin, masa album paling akhir SJ. Masa tu memang agak teruk lah dia kena bash, fancafe kena tutup, tak bagi ikut comeback, semua sebab fans sana marah yang dia nak kawin and bukan dia yang reveal dulu pulak tu. So diorang rasa dia takde manner lah macam tu, macam pentingkan diri dia. Tapi bagi aku sebagai fans, kau fans je, life tu still life dia. Macam life kau lah, nak ke orang masuk campur sangat? Kau ada hak dengan hidup kau. So bagi aku, tak wajar betul fans sana buat macam tu dekat Sungmin. Sedih gila. Yang paling latest teruk tu kes anjing peliharaan Siwon bite jiran dia lepas tu jiran dia meninggal. So people kat sana marah dengan tindakan keluarga siwon yang menurut mereka tak pandai nak jaga anjing sampai anjing tu bite and cause kematian. So sebab tu lah untuk promotion kali ni, Siwon tak ikut. Stay low. Sebagai tanda turut berkabung.
Edit: Just got to know Kangin kena arrested sebab assault OMG :(
Edit: Just got to know Kangin kena arrested sebab assault OMG :(
Banyak sangat kalau nak cerita kisah kisah SJ ni. Too many. Sebab lama kot , 12 tahun debut, member pulak banyak, macam macam cerita lah jadinya. Sebab tu lah orang cakap diorang ni King, last man standing. Walaupun diorang tak lengkap, diorang still teruskan karier diorang untuk ELF, peminat diorang, Padahal most of them are rich enough. Semua ada business, ada duit, label sendiri, dan macam macam lagi. Tapi, SJ is still SJ. Korang tahu tak video SJ yang lama tajuk Dancing Out tu difilemkan di Malaysia? Heol! Kalau taktau sila la search. Masa muda mudi mereka yang sangat dirindukan oleh mereka. Jauh perjalanan diorang ni, kritikan tak berhenti, tak dikenali orang muda zaman now tapi diorang tetap ada tempat dimanapun diorang pergi sebab king is king lah kan. Sengat masih ada, dan every of them ada place masing masing. Macam Leeteuk,Shindong, Heechul banyak kenal juga through variety show, most of them mc lah. Yesung, Kyuhyun or KRY, mostly semua nyanyi untuk filem atau drama, dan go solo. Basically mereka ni semua ada kelebihan masing masing, kat mana mana ada peluang untuk diorang tapi diorang masih tetap stay as SJ, our last man standing.
Walaupun comeback selalu tak cukup, promosi sikit je, sampai sedih kekadang tengok kosong je stage yang used to be full with them, tapi itu tak pernah pun melunturkan semangat kami ELF. Termasuk aku. Aku sebenarnya bersyukur sangat ada Super Junior ni. Macam penghibur. Aku yakin SJ ni bring specific meaning untuk setiap fans diorang, termasuk aku. I'm okay to grow old with them. And diorang pun cakap baru baru ni, fans ikut jadi tua bersama. Dan walaupun diorang dah lama, they still can compete with new groups and shine bright like a diamond. Sebab tu lah diorang last man standing.
Maybe ramai yang macam "alah apa bagus sangat diorang ni?". Banyak bagusnya untuk fans. Antara pendorong aku habiskan study aku adalah SJ. Aku suka sangat dekat Lee Donghae, he is cute macam budak budak and sensitif . Dan dia good in making songs, mostly lagu ballad jiwang which is so my type. Entah, maybe bagi orang aku macam obses ke apa kan dengan dia, tapi sebenarnya aku rasa macam bersemangat sikit nak study dan do well when think about him and his friends.They make us happy, and we make other people happy with our kejayaan kan? Ada masa masa kita down in this life (ye Tuhan tu mestilah selalu ingat, for sure -__-), kita need macam support tapi macam takde kan? Yes, aku dengar lagu diorang. Lagu snow white tu memang best kalau dengar bila tengah nangis.
Now you guys dah tahu kan serba sedikit kenapa SJ ni The Last Man Standing. Terima kasih kepada semua ELF sebab dah sokong SJ. Dah bagi support yang kuat buat diorang untuk teruskan karier diorang. We have each other's back, SJ and ELF ^^ Can't wait for Supershow!
Thanks sebab sudi baca!
Teruskan membaca blog gua walaupun gua dah jadi doktor.
P/S:
Nantilah aku cerita impak diorang pada hidup aku yang tak seberapa ini






1 comment:
Saya jgk salah seorang yg obses dgn diorang ni.. terutama donghae dan eunhyuk.. siang mlm nak kena tgok jgk diorang..klu tak tgok video2 atau aktiviti diorang dln satu hari..rasa tak lengkap. Sbgi seorang muslim..saya mmg tak sokong gay dan sbginya..tapi dlm kes eunhae..ntah kenapa saya suka sgt mereka berdua..mereka berdua keutamaan saya dlm ramai2 member tapi takde plk saya ni mcm berangan nak jd gf atau wife diorang sbb saya mmg suka donghae hanya untuk eunhyuk shja. Dan saya cukup tak suka klu ada ad nak gosip donghae atay eunhyuk dgn pompuan2 lain. Ada ke yg rasa mcm saya rasa?.. ke hya saya sorang yg rasa mcm ty?
Post a Comment