An nyeong dan hello mello! (lama tak guna lulz)
So, dah tengok ke belum "While You Were Sleeping", drama Korea baru dari SBS? Yes, drama gandingan Suzy dengan Lee Jongsuk. Drama tu baru je minggu lepas habis, dalam banyak banyak drama tahun 2017 yang aku tengok, selain Goblin lah kan, drama ni antara yang buat aku menangis teruk especially episode episode ending dia. Aku taknak spoil kan dengan bahas pasal jalan cerita drama ni secara detail sebab drama ni masih baru dan memang korang kena tengok walaupun korang bukan fans Jongsuk oppa!
Sepanjang Jongsuk berlakon in so many dramas, takde satu drama dia pun buat aku interested nak tengok sampai habis, kecuali secret garden yang dia jadi gay tu, okay tu masa dia muda kahkahkah and aku tengok pun sebab Hyun Bin oppa. Jongsuk ni banyak fans, especially bila dia jadi manhwa character dalam W: Two Worlds tu. Ye ye aku tau ramai yang fell for him tapi aku tak suka sangat drama tu. Aku dengar ramai yang suka tapi aku as I grow older ni kan, dah malas nak tengok drama yang drag lama sangat. Aku lebih prefer drama macam While You Were Sleeping ni, sebab dia menempuhi banyak cases dan selesaikan sebelum menyelesaikan seluruh puzzle besar dalam cerita ni. So tak drag sangat.
Okay berbalik kepada drama ni, yes, aku tak tipu, this drama memang buat aku emotionally attached. Aku taktahu lah kan kenapa. Aku rasa sebab jalan cerita dia. Drama ni pasal Nam Hongju (Suzy) yang boleh bermimpi benda benda yang akan berlaku in the future dan mostly mimpi dia ni yang teruk gila la. Mimpi sweet suka suka tu ada tapi most of it macam benda benda yang teruk. Dan dia ni ada jiran, jiran baru, yang dia tak suka, iaitu Jaechan (Jongsuk) yang merupakan seorang prosecutor. So, dia ni menyelesaikan semua mimpi dia ni dengan Jaechan. Tapi dalam diam, diorang ni ada kaitan antara satu sama lain, yang diorang tak pernah tau pun. Dan paling teruk bila dah nak ending drama ni, macam satu satu benda terungkai, dan entah macam mana, perasaan tu macam terungkai semua. Bila satu satu terungkai tu yang rasa macam nak nangis T-T dan dan dan aku kesian dekat Han Wutak. Hah sapa pulak mamat ni? Han Wutak ni kawan diorang. Something happened and three of them become friends.
Cerita dia sebenarnya macam romcom tapi macam thriller sikit sebab cases yang diorang solve mostly murder. So, dia macam thriller sikit la. Tapi takde lah thriller benor. 2 episode akhir tu lah aku nangis gila. Sebab macam satu satu terungkap. Satu satu tu semua hit benda yang kita tak expect, end up macam sedih. Serious, watak utama dalam drama ni semua boleh buat kau simpati teruk.
Kalau korang bosan tak tahu nak tengok apa, aku recommend to watch this drama. Drama ni aku follow every week kat channel one tu. Dan drama ni tak drag so takyah risau sebab dia tak boring. Banyak surprise. Btw, OST dia semua best best lah cuma takleh lawan Goblin punya OST lah kan. Sebab tu all kill kan, memang popular teruk Goblin ni. Disebabkan aku suka lagu ballad ballad ni, so memang style aku lah ost dia ni. Antara OST WYWS yanag best are:
Itd Be Good by Roy KimWhile You Were Sleeping by SE O & Brother SuWhen Night Falls by Eddy KimIt's You by HenryLucid Dream by MonogramI Love You Boy by Suzy
and so many more lah tapi yang aku listed ni yang aku suka lah, terutama yang Roy Kim, SE O ft Brother Su dengan Henry.
Apapun, korang kena tengok drama ni. Sebab drama ni best and boleh memenuhi selera Kdrama korang hahahaha. Currently I'm watching Mad Dog and also Witch at Court. Best jugak dua drama ni!
Sampai jumpa (hekeleh) di post seterusnya!
Terus baca blog gua walaupun gua dah jadi dokter!
Han
bonus gambar Han Wutak, idaman ramai!





No comments:
Post a Comment