
Assalamualaikum
So, ini post pertama pasal drama Korea dalam blog ini. Untuk kali ini, biarlah kita mulakan dengan latest drama yang diriku baru tonton. kekekeke.
Queen Inhyun's Man, terbitan tVN, 2012, 16 episodes.
Mengisahkan tentang cinta yang merentas masa. Dalam drama ini, ada dua zaman iaitu zaman Joseon, 1694 dan zaman kita sekarang, 2012. So, macam mana tu? Check this out:
Kisah bermula apabila Kim Boong Do (lakonan Ji Hyun Woo) iaitu seorang sarjana yang telah kehilangan kesemua ahli keluarganya kerana dihukum bunuh. Actually, family dia ni terbunuh akibat terjerat dalam satu konspirasi yg diwujudkan oleh orang orang dalam istana dan juga beberapa pegawai yg asalnya mahu menjatuhkan Queen Inhyun, iaitu isteri kepada maharaja. Oleh kerana itu, sejak kehilangan keluarganya, Boong Do adalah satu satunya orang yang masih ingin membantu Queen Inhyun kerana dia tahu Queen Inhyun dalam bahaya. Pelbagai cubaan membunuh Queen Inhyun dilakukan tapi kerana kebijakan Boong Do, cubaan tu semuanya gagal.
Suatu hari, Boong Do menerima satu tangkal/spells/talisman dari salah seorang pembantu yang dikenalinya. Pembantu tersebut merupakan seorang gadis yang amat mengambil berat terhadap Boong Do. Jadi, dia memberikan tangkal/spells/talisman tersebut kepada Boong Do supaya Boong Do sentiasa selamat. Dan tanpa mereka ketahui, benda tu boleh menyebabkan Boong Do merentas masa sejauh 300tahun ke hadapan. Dan dari situ dia bertemu dengan seorang gadis bernama Choi Hee Jin (lakonan Yoo In Na) yang merupakan seorang pelakon.Masa Hee Jin bertemu dengan Boong Do, dia baru sahaja menerima satu watak untuk drama terbaru dia dan wataknya adalah sebagai Queen Inhyun.

So, apa jadi? Itu korang kena tengoklah. So let me tell you some sweet scenes and also funny.
1st : there's scene di mana Hee Jin nak berlagak dengan Boong Do sebab dia tahu Boong Do tak tahu baca alphabet kecuali those chinese character. So dia cuba eja curry, tapi dia salah eja "carre" dan dia tak tahu sebenarnya Boong Do tahu yg dia salah eja.
2nd: ada satu scene di mana Boong Do terkejut masa dia first time datang ke masa depan dan dia buat muka comel dan bodoh dia tanya ke Hee Jin sama ada dia mati atau bermimpi.
3rd: ada scene di mana Hee Jin menipu Boong Do. Dia cakap kat Boong Do, kalau nak say goodbye kena kiss. So, she kissed him. Dan Boong Do percaya, dan buat benda yg sama pada Hee Jin



itu je boleh reveal. Korang kena tengok sebab drama ni memang sweet sangat! Believe me :D It makes me don't wanna marry a modern guy because I like oppa Joseon style. haha. *lame*
so, lepas tengok nanti, tinggalkan komen, okeh :D
sekian, wassalam
p/s: Yoo In Na dan Ji Hyun Woo sememangnya ada perasaan for each other that's why drama tu sweet sangat. MUST WATCH!
2 comments:
Tengok cerita Big tak? Dok dengar kawan cerita pasal drama tu. Tapi tak ada masa nak tengok.
Tak tgk lg. Hiihii
Post a Comment