May 06, 2013

Expectation



Assalamualaikum

Hi semua. Waktu ni keadaan di FB agak huru hara pasal hal election semalam. Aku tahu ramai yang tak puas hati, ada juga yang gembira sbb parti yang mereka undi menang bahkan ada juga yang malas ambil tahu hal hal macam ni, macam aku. Sudahlah masih belum cukup umur nak mengundi, aku bahkan tak ada hati nak ambil tahu. Bukan tak sayang negara, cuma waktunya belum tiba. Disebabkan sikap sikap penyokong yang kadang kadang aku tak faham, jadi aku biarkan sahaja, biarlah aku dan dunia aku sementara masih boleh.

Sebenarnya, aku kecewa. Bukan kecewa sebab PRU 13 tu, tapi aku kecewa pada diri sendiri. Aku ternanti nanti waktunya dimana aku tak kecewa pada diri, dan orang lain jugak tak kecewa dengan aku. Banyak jugak pahit manis dalam hidup ini, tapi aku belum jumpa lagi satu benda yang betul betul betul betul buat aku rasa diri aku ni tidak mengecewakan.



Percayalah, aku yang menulis ini selalu berharap, dunia aku hanyalah aku. Aku takut mengecewakan dan dikecewakan tapi, kalau tanpa semua tu, aku takkan menjadi orang dewasa, aku takkan menjadi orang yang matang. Itu lebih menggerunkan lebih lebih lagi dunia sekarang, semuanya tidak selamat.

Semua orang selalu expect something from kita, so do kita kan? Tapi kadang kadang, tak semua expectation yang kita inginkan boleh tercapai. Sebab expecation itu kadang kadang datang dari kita sendiri, datang dari kehendak kita. Kita expect dia macam ni, macam tu.

Expect.

 Word yang buat aku bertambah gerun bila dengar.

Hidup masih perlu diteruskan, aku cakap pada diri aku. Aku yakin benda yang mengecewakan ni akan jadi something yang lebih bermakna di masa depan. Allah tak tunaikan doa kita sekarang bukan sebab dia tak sayang kita tapi sebab dia nak bagi something yang lebih awesome pada kita :)

InshaAllah

Walaupun aku menaip dalam keadaan celaru  , tapi aku yakin ada yang mampu faham isi post ni. Tapi disini aku serius cakap, takde kena mengena dengan politik sebab aku tak power lagi nak cakap hal politik, sekian.

Wassalam.

Terus baca blog gua sampai gua jadi dokter.

p/s : Yesung oppa, good bye. We gonna miss you. We, ELF will always wait for you. 2 years, it's hard but we will stay strong <3

No comments: