December 31, 2014

My 2014


Hi! Assalamualaikum. Rasa macam dah lama sangat tak tulis entry panjang. So, ingat nak abadikan satu entry panjang tentang apa yg diriku lakukan dan hadapi sepanjang tahun 2014 memandangkan esok hari terakhir dalam tahun 2014 :) Tahun baru bakal muncul, dan kehidupanku juga pasti bakal berubah dengan hal- hal yang baru. Okay jangan buang masa lagi, marilah kita cuba review dari januari 2014- disember 2014.

January.

January adalah titik aku mengakhiri sem 5 dengan blok 22 aku. ini bukti kami tamat blok 22 eleee.



dan kemudian aku bercuti sebentar, pulang ke tanah air pergi makan dekat Ikea hahaa kecoh.*batak jap sebab first time waktu tu* pasti aku banyak buat check up sebab aku kurang sihat selalu. so aku buat banyak appointment dan it turn out aku memang ada problem. hahaha tatau nak sedih ke apa. lol. pastu juga memulakan sem 6 aku dengan sebuah blok yang agak susah, blok 23. blok di mana kitorang belajar pasal O&G. Blok ni ala ala cuci mata sebab doktor ramai hensem, lol. tapi dalam diam, aku tak terpikat pun dengan mana mana doktor kacak yang memang semua spesialis tapi masih muda, tetapi aku diam diam tertarik dan terasa doktor lain pulak yang keren, eh dah kenapakan aku hahahahaha. haa yelah sebab dia style bapak2 so aku suka. rupanya, specialist anak, wkakaka. tapi tua ah. tapi aku suka cara dia cakap, ah lupakan tak penting pun. ya Allah hahaha. Dan tahun 2013 ni aku banyak hidup seperti sebatang kara, faham tak? aku lebih bersendirian dan memendam cam biasa dan cuba berjauhan mencari diri yang hilang dibawa ombak cinta, eh salah dibawa ombak yg aku tatau datang dari mana yang menyedarkan aku, kawan itu memang boleh banyak, tapi hati kita, biar sahabat yg mengerti amboi ayat aku haaaa. Pastu January aku menggila dengan drama jeng jeng jeng, Reply 1994. Best gilak bak ang!

February

Peh, bulan kami memulakan class isnin sampai sabtu. sabtu tu kelas asas bahasa, agama dan sebagainya. amik ko, sepanjang bulan ni, dengan carry blok yang berat , bertungkus lumus berusaha menggapai marks yang bagus untuk blok 23 tadi tu. heol. busy dan penat tapi still aku ada masa spend waktu kat fb sebab semua yang aku tulis kat sini banyak aku amik dari fb hehehe. bulan 2 ni tak banyak benda aku buat sebab busy. dan banyak sibuk membaca. dan banyak sibuk bersedih juga, hahahaha. dah dah malas nak ulas banyak pasal bulan 2 memandangkan takde benda sangat aku buat it seems hahaha. tapi nah, ni gambar kami praktis skill pasang intrauterine device lol.



March

Aku yakin, bulan ni bulan mengejutkan bila MH370 hilang. Sungguh, kat mana mana semua update pasal berita ni. dan yang sadis, takde satu berita pun sampai sekarang pasal kapal terbang ni. aku pun masih menunggu sampai sekarang (even kapal yg baru je terhempas dua hari lepas dah jumpa <<< nnt aku cite). Bulan ni aku busy dengan drama You Who Come From The Stars. Haaa, yg hits sangat tu sebab ada Do Min Joon si alien dengan si Cheon Song Yi yang aneh ahahaha. Dan  bulan ni jugalah aku join sukan fakulti aku. aku join tarik tali dengan cheer. ala cheer tu semua kena ikut and guess what we won the second place . dan tarik tali, mesti lah juara. hahahaha, lol. semua budak suka je. oke oke logo kami, we call ourselves BUAS.





haaa  oh ye bulan ni juga, ada orang blocked aku dekat IG dan juga FB. malas nak sebut nama, just suka hati hang lah. moga hang bahagia dengan suami hang lol.

April

Bulan April. Masa ni aku busy dengan blok Paed. Blok 24. Hmmm. Blok ni best sebab belajar pasal anak anak dan baby. Dan aku memang suka dak dak kecik yang tak berisik ye. HAHAHAHA. main je. erm. pada bulan ni juga aku banyak spent time update pasal tragedi ferry sewol.



Haa, sedih tau tragedy tu. Kalau korang tak tahu, just google and baca la. Somehow, semua telah ditakdirkan. Hmmm. And this month pun, phone samsung aku punya skrin rosak :( Uwuwuuw. Pastu end of April ni aku dah start blok komuniti. So, bertambah busy sebab strict gila bak ang.

May

Peh bulan ni. Peh. Bulan di mana aku sedar, aku takkan ada waku yang banyak sebab final year project aku dah start untuk memilih tajuk. pening kepala aku nak pilih yang mana, aigoo. Pening pening. Lepas tu pula may ni ada pensi. macam pesta seni something la yang fakulti aku buat. buat pertama dan terakhir kali aku join. ini bukti hehheheh.






Pastu bulan ni juga adik aku dapat denggi. Hmm. Tapi alhamdulillah sihat dia. And bulan ni aku tgk emergency couple, lol funny.

June

A lonely month. Susah pulak tu. Go through blok menyampah dengan SPSS yang tak mampu difahami. dan masa birthday, semua busy exam.hanya beberapa org je wish birthday, and no one seems happy nak ajak celebrate. Hanya a piece of cake that I bought for myself, eating it alone in a restaurant. buy myself a gift, and i'm all alone. but that's how I learnt, sometimes better alone, you will know siapa kawan you, siapa yang can read you and many more. dan aku cuma ada satu je gambar birthday tanpa cake, sumpah sedih. tapi takpelah, dah lepas pun. walaupun aku terasa, hahaha. Lepas tu, bulan ni jugalah aku akhiri third year aku. heh. ni bukti aku bergambar dengan awek fav aku, elee.



dia suka ngaku dia donghae, lol. dan ini bulan jugalah kita puasa tau hahaha ^^

July

July masih bulan puasa. aku balik malaysia kejap.buat ni. tadaaaaaa....



pastu aku datang balik, uruskan perjumpaan dengan pembimbing aku. dan pastu, aku balik. hmmm, july, pasti semua ingat tragedi MH17. Sungguh sedih bila dapat tahu benda camtu happened di bulan puasa pulak tu. Sungguh sedih sebab ada yang nak balik raya and all. I still remember masa tu aku tgh online twitter kot masa aku dapat berita tu. It was indeed a tragic, super tragic thing that happened in this month. july juga bulan raya. hahahaha



August

Bulan ni, erm... bulan ni aku ada dekat Malaysia. Menghabiskan waktu dengan family dan kawan kawan. Aku pergi shopping semua. Lepas tu, aku pergi kelantan, main kat rumah mak usu aku. Hmm, not bad lah but... it's just kelantan is not my thing maybe sebab i don't feel like living mcm yang aku dah biasa. tapi okaylah. hahahah.




Lepas tu bulan ni la aku start sem 7 aku. Busy dengan fyp aku. busy sikit la. hmmm. pastu banyak la aktiviti selingan sikit macam ni.


ahhh pastu suju comeback! hahahaha. mamacitaaaaaa this is love! wuwuwuwu

September

September bulan paling pening. Haaaa, dah mula dah bau bau pening dia. Busy dengan ED. Pastu FYP. pening sepening peningnya. banyak makan pulak tu bulan ni ahahahahaha. ED punya kelas tak banyak tapi nak kejar kejar buat FYP tu yang buat aku pening. dan seksa gak ah. hahahaha. dan bulan ni juga mama datang. tadaaaaaaaaaaa...




Oktober.

Bulan di mana level stress bertambah. haihhhh. Bulan birthday donghae kesayangan hahaha. dan bulan ni kantoi dengan budak lelaki kelas yang aku keluar pakai jubah -_- sblm ni no one ever saw me wearing jubah dan keluar ahahahahah sebab i preferred long pants je -_- pastu bulan ni gila banyak spend hahahahahaha. asyik makan. dan bulan ni raya haji. dan pergi makan ke rumah ibu sebelah, ibu tuti nama beliau. eleee.



pastu bulan ni lah sungmin ngaku dia nak kahwin dah. haih. aku cam, okay okay je. dah masa pun kan. dan bulan ni jugalah handphone aku rosak lagi -_____- stress. dah la kejar nak proposal, phone pula rosak. aduhai.

November

Busy nak exam blok 27. busy nak proposal jugak. pehhh proposal aku ditolak mentah mentah gila kau aku nak nangis masa dia cakap nak tolak aku rasa cam ahhh, aku tatau camne nak cakap, nak describe rasa aku waktu tu. peh memang aku cam speechless. usaha aku few months was... like useless sangat. in one day, gone! pastu this month mama datang ganti phone aku. hahahahahahahaha gelak jap.



macam biasa aku keep going and walking uruskan fyp aku walaupun hampir jatuh cam terkapai kapai, ku struggle alone with emotion :( I did go through a lot. hmm. dan tidak dilupakan juga, masa tengah bulan ni, aku busy start blok 28. hmmm ni tak best. doktor keluarga nye benda. ahhh.

December

Banyak nangis, sebab rasa macam takkan sempat siap kerja FYP aku. sedih sangat sebab banyak halangan. rasa diri alone, tak kuat. cuba nak terima kenyataan yang aku takkan dapat sekalian masuk bersama kawan aku. ada kemungkinan tak dapat. tapi aku harap, dapat masuk sekali. doakan aku. bulan ni, aku banyak menunggu orang, demi suatu keputusan kecil. banyak aku go through bulan ni, sampai aku depressed. plus i have friendships problem and i just hate it how people yg kita kutip jadi jahat to us. imagine. haih. dan aku banyak make up testing testing.





dan busy juga lah urus kerja aku. pastu ada aku and kawan kawan sama lecturer pergi sambut birthday beliau si lecturer kami.


pastu adalah function dari kedutaan.



hmm. dan bulan ni lah kitorang habis semua kelas. lepas ni, kami start klinikal. march nanti. so kami ada amik foto kelas. tapi till now tak dapat foto nye ciskek. so ni ada foto random random je.


oh yeah dan bulan ni banyak bencana. habis satu malaysia (tak semua) tapi mostly banjir. dan yang paling menyayat hati, beberapa hari lepas, pesawat air asia hilang dan today found out dah crashed :( sedih. 2014 ni macam sedih sedih dan banyak ujian.

walaupun aku tak describe semua dengan detail, aku harap at least aku ada something sepanjang ini untuk flashback kisah hidup 2014 aku. aku tau, tak semua orang hidup bahagia sepanjang tahun, dan aku nukilkan ni just sebagai memory, as 2014 akan leave dan aku pun akan slowly bertambah tua. aku harap, aku boleh jadi better person dia tahun 2015. dengan rezeki yang melimpah limpah. amin.



Bye 2014, Hello 2015 :)

No comments: