August 26, 2012

KDrama: Rooftop Prince


Assalamualaikum.

Oh, review KDrama lagi. Muehehehe, mestilah. Setiap drama yang ditonton, pasti diriku yg comel macam PSY ni akan beri review *are you kidding me? PSY??*

Rooftop Prince, terbitan SBS, 2012, 20 episodes

Rooftop Prince? Putera Loteng? Atap atas? Ehh, jangan konfius, memang tajuk dia mcm tulah. Okay, tak tahu nak kata cerita ni genre dia apa but for me romantic comedy? Ehem. Semacam history pun ada, huhu. Oh sebelum mula mereview nak cakaplah yang dia ada persamaan sikit dengan Queen Inhyun's Man. Apa apa pun, uolls kena tengok lepas tu bandingkan. *gediknya diriku*


Rooftop Prince mengisahkan tentang dua zaman, iaitu sekitar zaman Joseon dan jugak pada abad kita, iaitu 2012. *ini part yg sama ni* Kisah bermula apabila Tae Moo (Tae Sung) membunuh sepupunya iaitu Tae Yong (YooChun) di US. Kemudian dia pulang ke Korea dan menyatakan dia tidak pernah bertemu dengan Tae Yong sepanjang berada di US tapi sebenarnya dia ada jumpa dan membunuhnya. Keluarga Tae Yong menganggap Tae Yong telah menghilangkan diri.

Di zaman Joseon pula, Lee Gak (YooChun) bersedih dan tidak berpuas hati atas kematian permaisuri merangkap isterinya, Hwa Yong . Dia tidak dapat menerima alasan kematian permaisuri lalu mempersiapkan team dia sendiri untuk menyiasat tentang kematian tersebut. Team dia terdiri daripada Man Bo (blue), Yong Sool(red) dan Chisan (green) *my faaaaav cutiess* .

Pada suatu hari, sedang mereka sibuk menyiasat, secara tiba tiba mereka telah terjatuh di atas rooftop house milik Park Ha (Han Ji Min) dan akhirnya menimbulkan kekacauan. So, banyak gile kejadian lawak terjadi! Hiihii.Waktu mereka jatuh ke loteng rumah parkha ni, masa tu dah dua tahun dah Tae Yong menghilang.

Park Ha pula seorang gadis yang manis dan baik. Dia asalnya tinggal di US tapi sudah menetap di Korea selama 2tahun itu pun sebab dia mencari ayah kandung dia. Tapi misi bertemu ayahnya gagal kerana ayahnya telah meninggal dunia.

Yang menjadikan cerita ni semakin rumit adalah apabila Lee Gak yg asalnya dari Joseon telah disalah anggap oleh keluarga Tae Yong sebagai, Tae Yong kerana wajah yg mirip.

Apekah rahsia Tae Moo terbongkar dan berjayakah Lee Gak mencari jawapan bagi misteri kematian isteri dia? Kalau nak tahu korang kenalah tengok. Hikkhikk.


So, ada certain scene yang diriku sangat suka dalam drama ni :

#1 : apabila Lee Gak and the gang ditangkap polis sebab diorang sangat blurr dengan zaman 2012 yg sangat aneh. Tapi, polis tu semua ingat diorang tengah berlakon.

#2 : Apabila Man Bo masukkan air dalam mangkuk tandas ke dalam mulutnya gara gara nak memadamkan api.

#3 : Scene di mana Lee Gak and the gang tukar baju dalam lif lepas tu bila lif berhenti semua org tengok. Asalnya mereka nak cari tandas, tapi diorang tak reti baca hangeul so diorang salah faham yang lif tu tandas. LOL

Actually banyak sangat scene lawak melibatkan Lee Gak and the gang, like seriously. Dan cerita ni best jugak sebab ada perungkaian misteri, hoho. Tapi suka sangat Bu Yong (adik kepada Permaisuri) sebab dia baik :))

So, siapa yang tak try drama ni lagi, korang boleh try ! Okay!

Komen kalau dah tengok :)

sekian, wassalam.

p/s: han ji min nampak mcm Donghae dalam drama ni, oh fish.

No comments: