Hi! Assalamualaikum! It's time for drama review weh! This time, aku akan review drama tahun 2017, Go Back couple atau nama lain dia Confession (Gobaek) Couple
First of all, drama ni start off dengan something yang sangat menyentuh hati, tentang bagaimana seorang isteri yang juga merupakan seorang ibu berusaha keras setiap hari menjaga anak dan menguruskan rumah. Termasuklah menguruskan suami yang bekerja. Tak dilupakan juga, drama ni menunjukkan betapa berusaha kerasnya seorang suami merangkap seorang ayah dalam mencari rezeki bagi si isteri dan anak dirumah. Dan beberapa minit awal drama ni, dah strikes satu tangisan kekesalan yang amat besar bila kedua dua pembina mahligai rumahtangga ini memilih untuk bercerai. Dan anak mereka, yang masih kecil, tidak tahu apa apa, dijaga oleh si ibu. Dan kerana telah bercerai, kedua dua mereka kembali ke kehidupan masing masing namun sesuatu terjadi yang membawa mereka kembali time travel ke 18 tahun dahulu, saat mereka pertama kali bertemu dan disinilah drama ni bermula.
Ma Jinjoo, seorang isteri yang sangat sayangkan suami dan anaknya, namun dia merasakan dia sangat tidak bahagia dengan suaminya, hidupnya tidak pernah bahagia. Choi Bando, seorang suami yang penyayang namun pekerjaan merubah dirinya menjadi dia yang sekarang, yang berusaha keras untuk menampung kos sara hidup sampaikan dia terlupa bahawa ada dua insan lain yang perlukan perhatiannya iaitu si isteri dan anaknya
Disebabkan kedua duanya kembali ke masa lalu, jadi mereka berusaha untuk tidak mendekati each other sebab masing masing tidak mahu penceraian kali kedua terjadi. Mereka berusaha melakukan hal yang mereka ingin lakukan, berusaha menghargai waktu muda mereka, terutama tidak melakukan hal yang mampu menyebabkan mereka menyesal di masa depan. Dan banyak hal lagi. Ma Jinjoo berusaha menjadi anak yang baik kepada ibunya, kerana hal yang paling dia kesalkan dalam hidupnya adalah dia tidak menjadi anak yang baik kepada ibunya. Dan Choi Ban Do, berusaha mendekati cinta pertamanya. Walaupun mereka telah kembali ke masa lalu, dimana usia mereka adalah 20 tahun, tapi hakikatnya mereka adalah Ma Jinjoo dan Choi Bando, pasangan suami isteri berusia 38 tahun.
Drama ini juga menyentuh isu persahabatan dan kekeluargaan. Ma Jinjoo mempunyai 2 orang kawan baik, namun salah satu daripada mereka iaitu Sul hilang tanpa khabar setelah memilih untuk berhenti belajar sementara waktu. Setelah 18 tahun berlalu, Sul masih belum dapat dikesan dan rasa rindu serta risaunya terhadap Sul tidak pernah sekalipun pudar yang membuat Ma Jinjoo bertekad untuk tidak membiarkan Sul membuat keputusan yang sama lagi. Jadi, Ma Jinjoo juga memanfaatkan peluangnya kembali ke masa lalu itu untuk tidak membiarkan Sul berhenti daripada belajar. Begitu juga dengan Choi Bando, selain dari mencari cinta pertamanya, Ban Do juga turut memberi idea yang bernas untuk keluarganya dalam pembelian hartanah dan juga memberi nasihat cinta kepada kawan baiknya, Ahn Jae Woo.
Drama ni sebenarnya banyak main emosi. Bagaimana cinta yang kita pernah bina dan rasakan dengan seluruh hati boleh hilang tiba tiba sampai kita decide untuk cerai? Dimanakah salahnya kita sampai kita memilih penceraian untuk menyelesaikan masalah? Apa itu perkahwinan? Katanya bila dah berkahwin, itu adalah happy ending! Betulke? Semua ada dalam drama ni. Seandainya kita tahu perasaan orang lain, apa yang orang lain fikirkan dengan baik, mungkin penceraian antara mereka tidak akan terjadi. Setiap orang pasti mahukan yang terbaik untuk orang yang disayangi. Mungkin kalau semuanya dijelaskan dengan jelas, maka tidak adalah penceraian antara mereka. Peluang kembali ke masa lalu membuat mereka sedar perasaan sebenar mereka.
Dan tak dilupakan drama ni juga mendapat sambutan hangat disebabkan watak Jung Namgil, senior Ma Jinjoo. Namgil merupakan seorang senior yang sangat disenangi semua student perempuan. Dan di masa hadapan, Namgil merupakan seorang tutor yang sukses dan kaya. Watak Namgil yang hampir sempurna membuatkan gadis gadis yang menonton drama ini berharap bahawa Jinjoo akan end up dengan senior yang almost perfect ni sebab he likes her. Dan seriously, senior ni sangat unpredictable. Setelah kembali ke masa lalu, Jinjoo sekali lagi dipertemukan dengan senior ini. What will happened? Apakah Namgil benar benar pernah mencintai Jinjoo? Apakah peluang kedua ini akan memberikan Namgil chance untuk mendapatkan Jinjoo?
Sementara itu, cinta pertama Choi Bando, Min Seo Young juga sudah mula menyukai Bando, dan menjadi semakin rapat dengan Bando. Min Seo Young merupakan seorang student course tarian dan sangat cantik. Sebelum ini, Min Seo Young hanyalah cinta pertama Bando, dan dia tidak pernah sama sekali mendekati Min Seo Young di masa lalunya. Dan setelah 18 tahun berlalu, Min Seo Young telah menjadi seorang penari yang sangat popular. Dikeranakan Bando telah diberi peluang kembali ke masa lalu, Bando cuba mendekati Min Seo Young dengan lebih berani ( sebenarnya more to mendekati gaya ahjusshi sebab dia dah 38 tahun) dan akhirnya berhasil menjadi seseorang yang disukai Min Young.
Walaupun kedua dua mereka (Choi Bando dan Ma Jinjoo) bahagia kerana everything starts from zero again, namun hati parents mana tak sedih mengenangkan anak mereka, Seo Jin. Kembali ke 18 tahun yang lalu dimana mereka masih muda remaja dan Seo Jin tidak wujud menjadikan mereka berfikir sekali lagi sama ada untuk tinggal selamanya di masa lalu, atau kembali ke masa depan dan hidup bersama Seo Jin.
Aku recommend drama ni untuk korang tengok. Terutama yang nak kahwin dan yang telah berkahwin pun kena tengok. Kalau yang single, boleh je nak tengok tapi kita berhuhuhu je dengan watak funny, Go Dok Jae. Dia single dan lawak gila lah. He's my fav character. Memang penyeri lawaknya drama ni kahkahkah
OST drama ni pun best best. My fav antaranya adalah Confession by Choi Nakta, Dream by Lucia and Wind by Sohyang. Banyak je lagu best lain dalam drama ni. Jangan lupa dengar!
So untuk korang korang yang nak cari drama tentang life sikit, bolehlah tengok drama ni! Hope you guys enjoyed it! Kalau dah tengok bolehlah share pendapat :)
Till here.

No comments:
Post a Comment