February 23, 2018

Tips Winter di Korea

Assalamualaikum!
source: google
Untuk post kali ni, seperti yang telah dijanjikan oleh diriku, nak share sikit tips winter Korea. Ha, siapa siapa yang nak pergi Korea time winter dan untuk pertama kalinya ke negara sejuk, bolehlah refer tips ni. Bukan apa, kalau dah biasa pergi mana mana masa musim sejuk, some tips macam tak perlu diambil tahu sgt sebab korang dah tau kan tahap kesejukan dan dah tahu nak buat apa. Bagi amatur macam aku, ececece bolehlah refer tips aku yang tak seberapa ni. Manalah tahu membantu kan kan kan? Btw, kalau nak tanya on how to travel around seoul, i don't really know sebab I went with tourist guide. Yang ni post about my trip to Korea during winter >>> click here

Okay first of all, korang mestilah kena siapkan semua semua semua benda yang korang perlukan dari segi pakaian. Okay, ni nak share list sikitlah.

  • Longjohn/Heattech : Ini lapisan paling dalam. Ni macam base la dari semua layer baju yang korang pakai. So korang kena lah pakai longjohn yang memerangkap haba biar warm. Kalau aku, aku pakai heattech dari uniqlo tu tapi bagi aku biasa je, sejuk juga. So jangan terlalu bergantung dengan mereka which means jangan ingat pakai dalam ni lepas tu layer luar boleh pakai apa apa je, no no. Lapisan luar kena pakai juga material yang bagus.
  • T-shirt : Atas heattech tu, aku pakai tshirt. Ha, sebenarnya kalau boleh pakai jenis wool, fiber heat, acrylic atau cashmere la. Sebab jenis ni bagus la time musim musim sejuk. Tapi aku tak, aku pakai tshirt jenis cotton. So cotton kan menyerap peluh kan, dan dia tak perangkap haba. So, korang boleh ELAKKAN lah pakai cotton. tapi kalau tu je ada, means outer layer la main peran. Terpaksa.
  • Fleece jacket/Sweater : Atas t-shirt, boleh pakai fleece jacket atau sweater. Ha, aku pakai dua dua sebab aku jenis tak tahan sejuk. Fleece jacket tu yang macam bulu bulu sikit tu, pastu aku taruk layer sweater. Sebab aku memang tak tahan sejuk hahahaha. Ni pun pilihlah dari jenis jenis kain aku sebut kat atas nun biar memerangkap haba.
  • Winter coat: Ha, dekat luar sekali baru aku pakai winter coat. Aku ada yang panjang dan yang pendek. Saran aku, korang beli lah yang sesuai dengan korang. Aku beli dua jenis, yang winter coat tebal gila dan yang biasa biasa sahaja yang ada bulu-bulu. Nasib baik aku beli yang tebal tu, sebab bila dah drop ke temperature -11 macam tu, aku dah tak tahan. As I said, aku tak tahan sejuk. Jangan lupa beli yang ada hoodie ya. Better. PALING PENTING, beli coat yang memang saiz korang tau. Jangan beli yang ketat nak mampus sebab korang nak pakai layer lain inside, tapi jangan beli yang longgar jugak. Bila la yang memang saiz korang sebab konsep pakaian winter ni adalah memerangkap haba. Btw, dekat korea winter coat murah. RM40 boleh dapat yang new dan awesome. Stylo kot.
  • Seluar/Jean : Better beli yang menyerap haba dan tentu sekali, kena beli yang fit tau. Sebab kalau pakai longgar sangat, tak memerangkap haba. Sebab tu korang selalu tengok orang selalu pakai seluar fit kan kalau musim sejuk, sebabnya nak memerangkap haba. Tapi jangan hang pakai fit ketat gila takut nanti longjohn hang takleh pakai pulak. Hahaha.
  • Stokin : Aku sarankan beli yang jenis wool lah. Elok sikit. Jangan pakai stokin nipis ye.
  • Earmuff & snow cap : Benda ni penting apalagi kalau windy gila. Kesian telinga. So biar haba kat telinga tu terperangkap juga. ok?
  • Muffler: Beli yang wool dan yang panjang. Kalau dah -5 dan kebawah lagi temp, memang sejuk. So kalau sejuk gila at least muffler yang panjang boleh tutup muka korang. Memang sejuk gila. Freeze doh. Kebas
  • Gloves : Beli lah material yangbetul betul elok. Kalau dah sampai negatif temperature dia, better beli bahan yang bagus. Aku pakai wool, yang biasa beli dekat Daiso tu tapi bila dah drop -11 tu memang rasa macam freeze tangan kita so saran aku pakai dua lapis atau cari yang betul-betul menyimpan haba. Oh jangan lupa, beli yang sesuai untuk touch screen tau!
  • Winter boots / Kasut : Beli yang kalis air especially kalau memang nak pergi tempat ada snow. Tak best kalau tak kalis air/waterproof nanti basah kasut. Kalau memang tak nak pakai winter boot, jadi macam aku pakai sneakers converse je. Yang penting tutup semua dan waterproof.
  • Sunglasses : Matahari tetap ada walaupun winter kahkahkah apalagi bila korang main snow, sinaran uv tu go straight to snow lalu pantul ke mata. So better bawak.
  • Mask muka: Ini additional, kalau sejuk sangat boleh pakai. Kadang muka pun rasa freeze, so ada mask ni selamat la sikit kuikuikui
Ha, yang aku listkan dekat atas ni untuk pakaian. Jadi selain benda benda dekat atas ni, apa lagi benda penting kena bawakkan? Ni aku listkan yang penting dan boleh taruk dalam bag korang masa travel nanti.
  • Heatpacks : Gais, beli lebih! Benda ni sangat penting. Kalau benda ni kita tak beli, adalah sangat rugi. Benda ni memberi kehangatan pada kita. Korea kalau winter memang sejuk benor. Boleh cari dekat Daiso!
  • Tisu basah dan botol kosong: Kalau pergi Korea, jangan lupa bawa tisu basah dan botol kosong. Sebab toilet sana takde paip air macam dekat malaysia. So bawak bottle kosong. Nanti sebelum masuk tandas, isi air dalam botol tu, pastu baru la pergi melaksanakan apa yang nak dilaksanakan hahaha.
  • Raincoat : Kalau snowing, macam hujan. Korang basah, so nak be safe bawak ni. Aku tak bawak haritu, so bila snowing habis tudung aku basah kahkahkah
  • Pen : Simpan satu ye dalam bag.
  • Moisturizer: Boleh bawak la dalam bag. Sebab bila sejuk, muka kering teruk. Beli yang betul betul bagus tau. Moisturizer untuk bibir macam vaseline pun you guys boleh bawak. PALING PENTING, sebelum kemana mana, nak keluar tu, pakai moisturizer ke seluruh badan, 30 mins before keluar. Ini penting. Aku tak pakai pastu kering teruk gila dan gatal gatal. Kesian nanti. So adalah baiknya pakai, okay?! Nanti jadi macam aku kahkahkah
  • Powerbank : Kalau korang asyik tangkap gambar je pakai phone, nanti bateri habis. So bawak lah. Penting ni. Btw, korang bawaklah phone case yang waterproof, mana tau kan duk sibuk tangkap gambar jatuh kat salji je, kang cuak pulak kahkahkah
  • Duit dan pasport : Tukar ke Won tau duit tu, jangan bawak Ringgit lak. Better tukar dekat Malaysia okay!
  • Toiletries : Jangan lupa bawak pulak! Bawak sabun mandi yang moisturize kulit okay, macam aku kulit kering sangat, so nak taknak kena bawa sendiri sabun mandi yang moisturize my skin.
  • Sunblock/masker pack : Biasanya bila ke korea musim sejuk ni muka tend to kering, so tourist guide aku cakap better pakai masker pack setiap malam sebelum tidur. Dan winter pun winter juga, matahari tetap ada. Disebabkan korang mostly datang holiday, so mostly activity outdoor kan, so yeah. Aku bagitau sebab aku dah kena, kulit teruk gila kering dia.
  • Ubat-ubatan : Jangan lupa bawak ubat-ubat basic macam ubat cirit birit, muntah, sakit kepala, demam, batuk dan selsema. Kalau korang ada asma, dan dah lama tak kena, bawak je lah pump korang tu. Travel safe okay? Sebab different country, environment pun lain. Ingat tau! Kalau aku, aku sarankan bawak vicks and also minyak cap kapak. Kalau travel pergi certain tempat memang mabuk lah. Apalagi kalau macam tempat-tempat yang aku pergi tu tinggi dan jalan dia berbelok belok, ughh. Naik bas pulak tu.
  • Makanan: Jangan lupa bawa makanan sendiri, like maggie ke biskut ke, 3 in 1 ke . Dekat Korea mahal sikit barang barang sebab rate dia kan memang tinggi. So nak jimat, bawa makanan sendiri okay. Bila sejuk sejuk ni kekadang suka lapar, so yeah.
  • Drinks lots of water!
  • Travel adapter : Korea pakai  adapter yang kepala dua tu.  Macam dekat bawah ni.
ALERT:
Perhatian untuk yang nak bawak anak anak kecik dan juga mak ayah yang dah berusia masa musim sejuk ni, make sure persiapan winter untuk diorang mantap. Badan kalau tak biasa sejuk sejuk ni seram jugak. Apalagi budak budak, baju diorang tu sangat penting. Diorang senang sejuk. senang dehydrated. So choose baju mereka wisely okay? Kalau parents pun, apalagi kalau dah berusia, beli juga yang tebal untuk mereka. Dan ubat-ubatan diorang jangan lupa okay.

BELI BARANG DEKAT MANA?
Kat mana nak beli winter apparels ni? Kalau korang nak jimat, boleh beli dekat kedai bundle je. Search je, banyak kedai. Murah murah diorang jual. Kalau nak baru, boleh la search kedai kedai yang memang jual winter apparels. Mahal sikit lah. Tapi kalau korang memang every year suka travel waktu winter, why not kan? Kalau barang barang macam heatpacks ke, gloves ke boleh cari dekat daiso.

PAKAIAN DARI MALAYSIA?
Dekat Malaysia, aku sarankan korang pakai tshirt dengan sweater je dulu. Atau longjohn dengan tshirt. Tapi jacket dan segala macam tu korang handcarry je. Bila sampai senang, senang sikit sarung dan pakai, tak payah nak bukak bukak luggage.

WIFI?
Korang boleh sewa pocket wifi dekat airport. Dia ada counter dia. Haritu yang aku tengok, 5 hari RM 37. Tanya je kat touris guide korang. Atau kalau datang sendiri, tanya je orang dekat airport tu. Nanti dia bagitau. 

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan tips, boleh je komen. If I could help, I will help.

Till here, thanks for reading! Enjoy your holiday!

6 comments:

Anonymous said...

sis kalau kat seoul kat mana bleh dapat winter jacket murah2 tu sis?

han_eba said...

hi! kalau dekat seoul tu, macam u pergi itaewon, or sekitar tu, they biasa ada jual tepi jalan.... at cheap price.

Lipanbara said...

CNY2020...trip ke Seoul

Suzy Candy Crush said...

Thanks for sharing! Saya nk ke korea bln Jan 2020 for 6 days. Pening nk pikir bwk baju apa, brp helai..

han_eba said...

Thank you! Hope it helps

han_eba said...

Welcome. Hope you had fun