February 26, 2018

List Mini/ Web drama Korea untuk korang enjoy!

Hi! Assalamualaikum!

Post kali ni nak share pasal drama Korea tapi yang tak banyak episode, mini kdrama gitu. Atau kalau 1 episode tu cuma memakan waktu 15-30 minit sahaja. Haaa, saje nak bagi korang chance berhibur sikit dalam busy busy tu. Nak follow yang 16-20 episode tu macam penat kan? Kekadang macam muak kan dengan jalan cerita drama sekarang yang bukan main drag dia kan? Aku faham sangat rasa tu sebab as a kdrama fans, aku pun kadang kadang malas betul nak layan drama yang awal awal dah okay tapi tiba-tiba spoil. Aduh! So, ini list short/mini drama yang aku nak ajak korang tengok! Meh meh lai lai! *note: most of these mini dramas are based on webtoon.

THE SOUND OF YOUR HEART
10 Episode : 30 Mins/episode

Kalau korang nak berdekah, bergelak ketawa, boleh tengok drama ni. Drama ni merupakan adaptasi dari webtoon "Sound of Heart" yang merupakan webtoon paling lama bertahan kat Korea nun. Ia menceritakan tentang kehidupan penulis webtoon, Jo Seok dan ahli keluarganya termasuklah isteri dia, Ae Bong. Kalau korang jenis nak enjoy lawak bodoh yang biasa happened in real life, kena tengok!

Comical sangat weh drama ni! Antara artis yang turut muncul as cameo dalam drama ni adalah Jung Joon Young, Song Joongki, La Boum, Kim Jong Kook, Shin Dong Yup dan ramai lagi!

LAST MINUTE ROMANCE
 10 Episodes : 15 mins / episode

Drama ni mengisahkan tentang Baek Se, seorang gadis biasa, yang menghidap penyakit kanser. Dan dia ni merupakan fangirl kepada seorang top star. Untuk merealisasikan impiannya sebelum meninggal dunia, Baek Se membuat keputusan untuk menggunakan seluruh wang simpanannya untuk mengupah seorang teman lelaki, dengan syarat that guy mesti mempunyai wajah seiras top star tersebut.

Drama ni akan lebih menarik kalau korang jenis kaki kdrama sebab dia ada guna "dialogue" dan juga "scene" dari drama Korea lain! Drama ni memang best, kalau korang merupakan seorang fangirl, korang akan terus faham lah dengan watak perempuan ni! Boleh relate! 

QUEEN OF THE RING
6 Episodes : 30 mins/ episode

Drama ni mengisahkan tentang Nan Hee, seorang student yang cemerlang dan sangat baik namun tidak mendapat tempat dihati mana mana lelaki sebab dia tak "cantik". One day, ibunya memberikan cincin pusaka nenek moyang kepadanya, dimana cincin tersebut mampu membuat si pemakai mendapatkan lelaki yang diidamkan. Macam sejenis magic la gitu!

Selain dari kisah cinta, drama ni juga mengisahkan tentang Nan Hee dan kawan baiknya.

"Someone doesnt need to be pretty to be loved"


THE UNIVERSE STAR
6 Episodes : 30 mins / episode

Antara drama pendek yang mendapat perhatian ramai! Dan pelakon utama pun bukan calang calang orang (wow), it's EXO's Suho! Kalau korang nak tahu, Exo ni merupakan antara group Kpop paling popular dekat Korea dan bukan Korea je, global jugaklah, macam Super Junior!!

Drama ni mengisahkan tentang seorang famous singer-songwriter iaitu Woo Joo, yang mula gelisah dengan hidupnya sebab dah masuk 7th year jadi artis (which means menurut kepercayaan mereka itu tahun dimana everything macam takkan menjadi and everything will end) namun, Woojoo ditakdirkan bertemu dengan angel of death, iaitu Byul dan jatuh cinta. Byul merupakan seorang fangirl yang mati pada usia muda akibat kemalangan!

Macam mana manusia dan angel of death fall in love? Kenalah tengok! Comel sangat drama ni! I like!


ADOLESCENCE MEDLEY
4 Episodes: 1 hour/ episode

Drama ni merupakan sebuah throwback cinta pertama, lol. Mengisahkan tentang Jungwoo yang sering berpindah sekolah dan akhirnya dia bertemu Ah Young and fall in love. Ah Young adalah seorang pelajar cemerlang dan merupakan seorang ketua kelas yang sangat disegani. Namun begitu, something happened yang menyebabkan mereka terpisah. Maka, throwback ini terjadi.

Drama ni sangat menarik dan penuh nostalgia. One of my fav!


UNEXPECTED HEROES
10 Episodes : 10 mins/episode

Drama ni sangat short tapi menarik. Mengisahkan 3 orang student yang undergo organ transplant. Yang menariknya, setelah operation, ketiga tiga mereka mempunyai superpower! Dan dengan superpower tu lah mereka membantu menyelesaikan kes kes jenayah.And yang bagusnya drama ni, dia promote tentang derma organ. Sambil tengok drama, dapatlah ilmu sikit tentang mengapa kita perlu derma organ. Tapi drama ni ada teka teki sikit tau!

 PAGE TURNER
 3 Episodes : 1 hour / episode

Antara short drama yang mendapat tontonan tertinggi, lakonan Kim So Hyun dan Jisoo. Drama ni mengisahkan tentang students and their dreams. Yooseul, seorang pemain piano yang sangat berbakat namun akibat kemalangan, dia menjadi buta dan tidak dapat bermain piano lagi. Cha Shik pulak merupakan seorang atlet yang terpaksa give up on his dream because of his health condition.
Dalam drama ni ada satu watak nama dia Jin Mok. Jin Mok ni merupakan rival Yooseul dalam bermain piano. Akibat dari kemalangan yang menimpa Yooseul, Jinmok dalam diam turut merasa kehilangan seorang rival.

Korang rasa, Yooseul dan Chasik dapat tak jadi apa yang mereka impikan?


INDIVIDUALIST MS. JIYOUNG
2 Episodes : 1 hour / episode 

Also known as The Happy Loner. Drama ni one of my fav sebab kena dengan jiwaku! Mengisahkan tentang Jiyoung, seorang individualist yang sangat tak sukakan relationship with anyone. Dia lebih suka bersendirian. Semuanya bersendirian. Pertemuannya dengan Byeok Soo mengubah hidupnya. Byeok Soo ni jenis yang sangat suka bergaul! Drama ni pun popular sebab reveal kisah hidup loner. Loner pun ada perasaan tau! Dan korang tau siapa jadi Jiyoung tu? It's Min Hyo Rin gais! 

SPLASH SPLASH LOVE

 

2 Episodes : 1 hour / episode 
Drama ni tak perlu recommend pun banyak orang dah tahu. Kalau korang jenis nak ketawa ketawa tapi ada romance sikit, boleh tengok drama ni. Dua era, joseon dan sekarang.

Drama ni tentang student named Danbi yang travel ke zaman Joseon dan menjadi seorang cendekiawan di zaman tersebut. Tapi sebab dia pandai sangat, orang zaman sana ada yang rasa insecure dengan dia dan merancang nak bunuh dia. So macam mana nasib Danbi? Kena lah tengok kekekekeke... Dia siap bawak handphone lagi pergi zaman Joseon kahkahkah
 


MIDDLE SCHOOL STUDENT A


1 Episode : 1 hour / episode

Drama ni mengisahkan tentang students yang compete untuk jadi number one dekat sekolah. Dalam drama ni korang boleh tengok macam mana competitive nya diorang dalam belajar. Tekanan dari parents dan surrounding banyak mempengaruhi. Sampai takde istilah "kawan" pun.

Haejun berpindah ke sekolah baru dan bertemu dengan Eun Seo, yang merupakan top student bagi sekolah tu. Setelah 3 bulan, Haejun menjadi top student dan menyebabkan rank eunseo dan student lain drop. Eunseo dan student lain start bermusuh dengan Haejun tapi Haejun pulak fell in love with Eunseo. Aduhai nak!


7 FIRST KISSES


8 EPISODES : 15 Mins / episode


Drama ni drama khas untuk promote Lotte Duty Free jadi tak hairanlah semua hero dia hero "papan atas" kahkahkah!

Drama ni tentang Soo Jin, seorang gadis yang tak pernah ada relationship with any guy. One day dia diberi peluang oleh goddess of fate untuk choose partner for her first kiss. ( 1 among 7 guys).

So korang rasa dia pilih siapa? Jeng jeng jeng!




 I'M DYING SOON

 1 Episode : 1 hour / episode

Apa yang korang nak buat kalau korang cuma ada 3 bulan sahaja untuk hidup?

Berhenti kerja dan hidup semewah mewahnya? Ya, itulah yang dilakukan Woojin. Woojin disahkan menghidap Pancreatic cancer dan decided to live his remaining life lavishly. Dah la kena reject dengan perempuan yang dia suka, bertambah sedih lagi hidup dia bila disahkan ada kanser. Namun begitu, sebenarnya Woojin tahu ada satu colleague dia yang suka sangat dekat dia but he never give her any chance. So korang rasa that girl ada chance tak?



IMAGINARY CAT
 

8 Episodes : 35mins / episode

DRAMA NI COMEL SEBAB KUCING DIA COMEL! Tapi kalau korang bukan penyabar sangat, sukakan lawak lawak, jangan tengok tau. Sebab ni cerita pasal life orang, dan kucing dia.

Drama ni mengisahkan tentang Jonghyun yang merupakan seorang part timer di sebuah kedai buku. His dream is to be a webtoon writer. Nak jadi webtoon writer is not easy, kena selalu ada idea. Jonghyun mempunyai seekor kucing named Boggil.

Jangan main main, kucing dia birthday pun ada kek tau! Comel sangat!




SOMEHOW 18


2 episodes : 1 hour/ episode

Drama ni mengisahkan tentang Kyungwhee yang sering dibuli sewaktu dia masih di high school. Dan dia juga dipertemukan dengan cinta pertamanya, iaitu Han Na Bi. Suatu hari, terjadi misunderstanding antara Kyungwhee dan Na Bi dan keesokan harinya dia mendapat berita bahawa Nabi telah mati membunuh diri. Apa sebenarnya yang telah terjadi? Korang kena tengok drama ni. Sedih~

Drama ni sangat popular kerana ia merupakan drama lakonan Minho Shinee dan aktres cantik, Lee Yoobi. Drama ini juga menjadi antara drama yang mendapat perhatian ramai terutama setelah pemergian mendiang Jonghyun SHINee.

Okay, sekian sahaja recommendation aku kali ni! Harap korang dapatlah selitkan sedikit kdrama dalam jadual hidup korang yang sibuk tu biar tak stress!

Till here, goodbye! 

p/s: number of episodes and the duration of one episode depends on the site you watch. But the total of hours you spend will be just the same, dont worry!

No comments: