October 15, 2020

Goodbye housemanship




Hey!
It's finally the end of my housemanship. For some reasons, I feel so sad. Oh why why why does this housemanship thing has to end? *brb crying*

2 years and 3 months, yeah I've been doing it for that long. I know, it's tiring. You have that all salah houseman thingy, dramas for sure and your HO "job scope" , but I enjoyed most of my postings. People might say that "hey you did your HO  in a small hospital that's why you like it so much" Okay maybe gotta check your GCS guys. I've been to bigger hospital too, for a major posting okay! And I know how they work. You are lucky to be in a bigger hospital actually. No one will really remember you unless you teruk nak mati atau bagus gila hahahaha. Oh yeah, small hospital you think takde banyak patients ke? Ahhhh pening nak explain because you never been there. You don't know how it feels working dengan limited colleague, limited staffs and stuffs. Okay malas nak cerita nanti start la talking about how malignant your place are and so on. My place pun ada je malignant but once you malignant semua pun tahu you malignant then macam eh asal aku malignant lulz

My last posting dekat anaesth. I tried my best to stay there as a HO but yeah they said I need to be a butterfly, berapa lama nak jadi kepompong *tetiba nak nyanyi* and of course they said you have to move on, you need to be seorang MO wahai han! I was like, ugh why T-T I know they want the best for me. I know. Mana ada "guru" nak benda benda buruk jadi dekat "anak buah" dia kan. Same goes to me la kot, I guess. Eventhough kena tembakan berdas das pasal "not matured" but I could accept it dengan hati terbuka. Mula mula macam "aku tak matured?" then macam realize, manusia memang lain lain. Semua ada view and opinion lain lain pasal orang. Same goes to me. How I view someone lain dengan how my friend view someone kan? And kena la juga sedas dua pasal tak mahu communicate. Actually kan, if aku tak find that person approachable atau comfortable dengan dia, aku susah sikit nak communicatae. And memamng takes time sikit untuk aku process semua human lol so maafkan diri ini sobs. Btw, aku sempat buat specialist aku (yang aku takuti)  mengamuk masa viva sebab aku jawab main main omg nakal gila aku ni hahahahaha tapi if aku jawab semua soalan dengan cemerlang, chances for me to get extend sangat sikit. Sobs, but somehow aku terpaksa juga redha dengan another viva with my HOD sebab dah kena basuh dengan MO aku. Dia cakap "tak adil untuk ilmu bila awak tahu tapi awak cakap awak tak tahu" Sobs sorry ilmu. Okaylah, aku pun viva dengan paksa rela macam dalam drama. Aku in denial. Sebab nak jadi MO dah :(

And, 8.10.2020 that's the last day aku jadi seorang houseman. Sedih wey. HO ni sebenarnya kalau kau tengok dan hayati, it's not always about tiredness, kena tengking and stuffs. Banyak benda kau belajar along the way. Banyak. Selain belajar menjadi seorang doktor, kau belajar jugak pasal macam mana nak jadi manusia :) Kau belajar banyak lah. Nanti masa MO belajar benda lain pulak lol. One thing I realized about myself, aku sebenarnya penyabar jugak lah lol, jarang marah masa jadi houseman sebab aku realize aku tak suka orang marah marah, naik suara. So aku selalu cakap dengan MO MO aku *apahal aku lak bagi diorang nasihat kan ahhahahahaah*, aku cakap, "doktor nanti dah jadi specialist jangan malignant." then "tak semua orang kena diajar tengking tengking. bila marah ni, hati akan berjauhan" and stuffs. But yes, aku ada je specialist yang jenis cool, ajak bincang benda yang kau tak tahu, make you talk to him, comfort kau. Ada. Aku ada je specialist yang dengan certain orang dia garang, tapi bila tengok perangai kau lembut sikit, lain sikit, dia boleh je slow talk, siap boleh bergurau sebab mungkin dia banyak pengalaman dah jumpa banyak orang. Ada orang hanya tahu marah, kesal dengan houseman sendiri, tak make effort langsung to talk, everyday pun asyik kecam je, sampai level questioned houseman tu punya "mental" condition. Walhal, houseman tu okay je T-T Ada banyak jenis lagi orang kau akan jumpa along the way. Hahahahahaha and like me, aku pun one of a kind jugak to my specialists. Mana ada HO mintak kena extend haahahahahah aku la HO tu. And mana ada HO sebahagia aku bila kena extend wkwkwk

Eh banyak pulak tulis. Apapun, aku dah bukan houseman. Dah jadi MO. Sedih pulak. Sekarang aku tengah cuti, lama jugak aku cuti sebab aku macam kena terima hakikat aku jadi MO lol. Saje je cuti lama cari diri T-T Sedih pun ada jugak. But at least aku dapat float dekat department aku suka hihihi. Actually terfikir juga nak stay as MO dekat anaesth tapi aku ni bukan pandai sangat nak stay dekat anaesth, dah la tak confident sangat. Hew. Tapi at least I grow :)

Anyway, thanks to everyone yang selalu ada with me sepanjang my housemanship, tak kirela virtually ke reality-ly ke,  thanks sangat. I know takde orang baca pun benda alah ni, nak thanks bagai kan hahaha tapi still, I am grateful and thankful. Especially MO-MO aku masa aku first poster. Banyak ajar aku pasal housemanship, banyak sabar dengan aku, diorang lah senior HO aku sebab aku first batch HO kan. Thanks sangat bagi banyak ilmu. Selalu rindu korang dengan nasihat nasihat bernas yang allow me to go through my housemanship. Mo mo posting lain pun sama, thanks bagi banyak ilmu, ajar benda benda baru dan of course part bersabar dengan kelambatan aku ahahahahah thanks sangat. Of course paling kena thanks semua specialist aku hahahahah yang dah bersabar dengan aku sampai hilang sabar dah kahkahkah thanks sangat and sorry sebab ada houseman like me. InshaAllah doa doa bosses semua akan jadikan saya MO yang berguna. And untuk semua akak SN, JM, PPK, radicare, operator ah semua la.

So han, welcome to MOship. A WHOLE NEW WORLDDDDDDDDDD NA NA NA NA *taktau lyric*

Thanks baca <3 Korang pun doakan yang baik baik ye. Doa untuk jodoh pun boleh, tapi lebih baik doakan aku jadi MO yang berguna wkwkkwkwkww

Han

p/s: happy birthday to my one and only Lee Donghae. Stay handsome and cute!

No comments: